Wednesday, December 24, 2014

BIO SELEZA FEMININE PAD A.K.A TUALA WANITA

Tuala wanita (pad) merupakan perkara penting yang perlu diambil kira oleh semua wanita...sebabnya, setiap bulan mesti kita menggunakannya dan merupakan benda yang wajib yang perlu ada samada dirumah ataupun dalam beg. Pah tak pernah terfikir pun apa yang terkandung dalam tuala wanita yang biasa Pah pakai, yang penting selesa dan tidak bocor...kadang-kadang tu terpengaruh iklan kat tv...kesan jangka panjang penggunaan pad biasa ni pun Pah tak pernah terfikir...sampailah Pah terbaca satu blog yang mengatakan tuala wanita yang biasa ni menyumbang pelbagai masalah kesihatan dan menjadi punca segala penyakit moden.

Tahukah anda-anda semua di luar sana, kebanyakkan tuala wanita yang kita gunakan sekarang atau yang berada di pasaran di perbuat daripada kertas-kertas terbuang seperti suratkhabar lama, tisu, kotak dan sebagainya, dengan kata lain 'recycle paper' atau pulpa kayu yang dilunturkan (bleach) dengan bahan kimia pemutih atau peluntur yang tinggi kandungannya.


 kandungan dioksin di dalam tuala wanita boleh menyebabkan masalah kesihatan...penggunaan yang lama boleh mengakibatkan masalah keputihan, kekuningan, haid tidak stabil, vagina gatal-gatal, sukar hamil, kurang tenaga masa haid dan jika berterusan boleh menyebabkan cyst, fibroid, kanser ovari, kanser pangkal rahim dan sebagainya.


Tahukah anda-anda semua, di seluruh dunia terdapat lebih daripada 250,000 wanita maut akibat kanser pangkal rahim (serviks) setiap tahun dan menyebabkan kematian seorang wanita setiap 2 minit...di Malaysia sahaja, di anggarkan 1,500 wanita di sahkan mendapat kanser pangkal rahim setiap tahun dan kanser ini menyumbangkan 6% daripada jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita...kanser ini, ketiga paling kerap berlaku di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal...kanser ini boleh menyerang mana-mana wanita tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan.

Terkejut bukan????...Pah pun pada mulanya terkejut juga...tuala wanita yang kita pakai selama ini, rupa-rupanya di perbuat daripada sampah...oh tidak!!!!!!...bayangkan sepanjang tempoh kita pakai sejak mula-mula datang period sampai sekarang, bahan-bahan kimia yang terdapat dalam tuala wanita biasa tertinggal dalam faraj terus ke salur peranakan, yang menyebabkan pelbagai punca penyakit terjadi...kesan jangka pendek kita tak nampak, jangka panjang kita tak tahu...ini mungkin, kita jarang ambil tahu kesan jangka panjang dan juga pasal tuala wanita yang kita pakai setiap kali period..selain faktor cara hidup, kesan bahan kimia juga menyumbangkan kepada pelbagai penyakit kanser...jadi, jangan ambil ringan tentang kesihatan kita...sekarang pun, penyakit mudah sahaja berjangkit jika kita tak menjaga dan mencegah dari awal.

Macam mana????masih mahu menggunakan tuala wanita dan pantylinet jenama biasa???jangan ambil risiko jika kita menpunyai pilihan untuk mencegahnya dengan menukarkan tuala wanita yang terdedah kepada risiko kepada tuala wanita yang berkualiti tinggi yang direka khas untuk wanita moden yang sentiasa aktif dan mementingkan kesihatan bahagian sulit...memperkenalkan BIOSELEZA FEMININE PAD.


"BIOSELEZA FEMININE PAD mengandungi hasil gabungan teknologi Bio Velocity (BV), sinar Inframerah Jauh (FIR), Ion Negatif dan Nano Perak"

Bio Velocity (BV)
"Sejenis tenaga tulen dan semula jadi yang di perolehi terus dari matahari. Aliran tenaga ini menyeimbangkan medan elektromagnetik (medan tenaga biologi) selruh badan manusia"
BV teknologi ini ekslusif dari Korea.

Sinar Inframerah Jauh (FIR)
"Berfungsi melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan metabolisme"

Ion Negatif
"Berfungsi untuk membunuh kuman pada organ intik wanita, menghilangkan bau serta membantu keseimbangan hormon"

Nano Perak
"Berfungsi untuk membunuh bakteria"


Jom kita tengok pula perbandingan Bioseleza Feminine Pad dengan pad jenama biasa


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada wanita luar sana...walaupun tak banyak...sedikit pun jadi...jagalah kesihatan sebaik-baiknya supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang...mencegahkan lebih baik dari merawat...

Yang baik datang dari Allah, yang silap..kelemahan dari diri saya...salam sayang...Nazifah - 0199595097



Tuesday, December 16, 2014

Majlis Akad Nikah, Sanding, Sambut Menantu..

Assalamualaikum..salam sejahtera..SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan kepada sepupu ku NORASHIDAH ROMELI kerana selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, WAN KHALID WAN MAMAT..yang pasti dua2 anak bongsu..hihi...selamat menempuh alam rumahtangga dengan penuh kesabaran..gembira2 selalu..jom layan gmbr2 di sepanjang majlis brlangsung..

Majlis akad nikah 5.12.2014

Para dayang-dayangnya..

Sanding 6.12.2014..sama cantik sama padan..

Sambut Menantu belah lelaki 8.12.2014

Ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan...


بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Translation
May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.
Transliteration
baarak-allaahu laka, wa baaraka ‛alayka, wa jama‛a baynakumaa fee khayr
*Source: Islamic Duua for newlywed

Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”
Amin...

Saturday, December 13, 2014

Assalamualaikum...

Testing...testing...testing...
Satu pemulaan...semoga memberi maanfaat pada yang membacanya..In shaa Allah..
Harap boleh beri tunjuk ajar dan teguran jika ada tersalah kata-kata..
Enjoy!!!!!